Di sini aku nak berkongsi plak pengalaman tersalah pilih warna getah untuk braces ni. Hari sabtu yang lalu aku ade appoinment ke-2 selepas pakai braces.. niat hati nak pilih warna bermacam2.. light purple la..dan macam2 lagi.. tibe2 last minit terdetik nak pakai warna hijau jambu batu.. kalau cantik.. mungkin aku akan pakai sewaktu majlis ku nanti.. sedondon warna tema..
Memandang hari sabtu yang lalu adalah sekolah ganti, maka aku agak lewat la jgak ke klinik.. selepas sekolah 1.15 dengan izin GB yang baik hati ( kipas besar skit) aku diizinkan pulang awal untuk ke Melaka.. aku tbe kol 430 jgak la setelah berhenti beberapa kali di 3 RnR.. mengantuk wei... hurm..
Seperti biase giliran ku tibe.. 2 minggu sebelum ni salah satu gigi atas belah kanan ku terasa spt tercabut.. dah longgar pun.. tp bak kata doc " Jangan risau .. gg awak tak cabut, cume ader pergerakan berlaku" sejuk hati.. ingatkan gg dah hilang satu..
" Dik, nak warna apa???" Doc bertanya...
aku punyer terkejut tak byk pilihan warna.. sedihnyer...
" Ambik la warna oren.. sama dengan kaler baju" doc mencadangkan.
" Tak nak la.. terbakar sangat.." Jawabku ringkas.
" Hurm.. Hijau jambu batu la...." aku dah berangan2 ketika doc pasang kan warna tersebut... Sama dengan warna tema ku nanti.. Kalau cantik.. boleh pakai lagi bulan 5 ni nanti..
Selesai sudah set baru ku di pasang.. keluar bilik doc tgok cermin..
" Masya Allah.... HUDUH la plak...." menyesal pilih warna ni...
hurm tak pela... sebulan je nak pakai.. huhuhu... Tobat tak nak warna ni lagi...
Habisla.. anak murid ku hashim tegur warna gg ku nanti...
No comments:
Post a Comment